Hire Purchase & Personal Loan: Should I Opt Out of Moratorium? (With Malay subtitle) - YouTube

Channel: The Golden Seed

[0]
Perubahan dasar moratorium Bank Negara
[1]
untuk pinjaman sewa beli dan pinjaman peribadi
[4]
telah menyebabkan banyak kegemparan.
[6]
Adakah ia masih berbaloi?
[19]
Jadi, apa yang telah berubah?
[21]
Pihak bank akan mengenakan faedah terhadap pinjaman sewa beli dan pinjaman peribadi Islamik
[27]
dalam tempoh penangguhan pembayaran yang sepanjang enam ini?
[30]
Tunggu sekejap,
[32]
jangan menarik diri dulu sebelum anda habis menonton video ini.
[35]
Saya akan berbincang tentang salah faham yang ditimbulkan oleh pengumuman ini
[39]
dan kita akan berbincang adakah ia berbaloi untuk disertai.
[43]
Jawapan pendek, ia masih berbaloi.
[45]
Salah faham yang pertama, anda tidak didaftarkan secara automatik dalam moratorium ini
[48]
Tidak betul. Semua orang akan didaftarkan secara automatik
[52]
Disebabkan oleh keperluan perundangan yang tertentu,
[55]
Bank perlu berkomunikasi dengan anda dan
[59]
dapat pengesahan daripada anda bahawa anda sudi menerima penangguhan pembayaran ini
[63]
Jadi, dijangkakan bahawa bank akan menghubungi anda
[67]
dalam bentuk email, panggilan ataupun sistem perbankan atas talian,
[72]
untuk mendapatkan pengesahan daripada anda.
[75]
Salah faham yang kedua, anda akan dikenakan kadar faedah dan
[78]
penalti bayaran lewat semasa tempoh penangguhan pembayaran ini.
[81]
Ini adalah salah juga,
[83]
Kekeliruan ini disebabkan oleh pilihan yang diberikan sekirannya anda tidak menyertai penangguhan pembayaran ini.
[88]
Apabila bank menghubungi anda untuk mendapatkan pengesahan tentang penangguhan pembayaran,
[92]
Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak menyertai, bank akan memberikan anda masa sampai akhir bulan Jun
[97]
untuk menyelesaikan bayaran bagi April, Mei dan Jun
[101]
Sekiranya anda gagal membuat bayaran tiga bulan sebelum akhir bulan Jun,
[105]
Bank akan mengenakan penalti bayaran lewat dan kadar faedah
[110]
Ini adalah bagi sesiapa yang tidak menyertai,
[113]
tetapi bukan bagi mereka yang menerima penangguhan pembayaran enam bulan.
[117]
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menerima penangguhan pembayaran,
[120]
tiada sebarang kadar faedah akan dikenakan dalam tempoh penangguhan pembayaran ini.
[125]
Tiada kadar faedah yang dikenakan.Tiada penalti bayaran lewat.
[129]
Jadi kenapa anda hendak menarik diri?
[132]
Apa yang akan berlaku selepas tempoh penangguhan pembayaran yang sepanjang enam bulan ini?
[136]
Anda akan diberi dua pilihan,
[138]
pilihan A , selepas akhir bulan September 2020
[142]
anda dikehendaki untuk menjelaskan semua bayaran yang ditangguhkan dalam enam bulan ini,
[147]
bersama dengan bayaran Oktober sebelum tarikh terakhir bayaran Oktober.
[153]
Sekiranya anda menjelaskan bayaran sebelum tarikh terakhir Oktober,
[157]
tiada kadar faedah akan dikenakan.
[159]
Jadi kenapa anda perlu menarikan diri?
[161]
Simpankanlah wang ini dalam akaun simpanan ataupun akaun yang memberikan kadar faedah yang tinggi,
[167]
anda akan dapatkan pulangan daripadanya
[170]
Kemudian pada bulan Oktober, keluarkan wang tersebut dan membuat bayaran.
[174]
Anda akan mendapat pulangan
[179]
Anda juga boleh gunakan wang ini untuk membuat bayaran pra-kapital bagi pinjaman rumah anda,
[184]
ataupun membuat bayaran overdraf, atau letakkan wang tersebut dalam akaun flexi
[188]
Kemudian, sebelum tarikh akhir keluarkan wang tersebut dan buat bayaran
[193]
Jadi anda dapat mengurangkan bayaran kadar faedah pinjaman rumah anda
[198]
Pilihan B, tempoh pinjaman anda akan dipanjangkan sebanyak enam bulan lagi dan
[204]
mereka akan mula mengenakan kadar faedah atas amaun penangguhan pembayaran enam bulan tersebut.
[209]
Ini akan menyebabkan bayaran bulanan anda bertambah.
[213]
Ramai orang berasa tidak gembira terhadap pilihan B ini,
[217]
kerana sebelum ini, mereka mengandaikan bahawa
[219]
bahawa tiada apa-apa kadar kaedah akan dikenakan.
[222]
Sekiranya anda tanya saya, saya rasa ia amat berbaloi.
[226]
Mungkin bank boleh merendahkan kadar faedahnya dan tidak mengenakan kadar faedah sepenuh, sebenarnya,
[231]
mereka boleh mengenakan kadar faedah yang separuh sahaja.
[235]
Tempoh kadar faedah sifar yang sepanjang enam bulan,
[237]
anda boleh menyimpan bayaran ansuran tersebut dan dapatkan pulangan faedahnya,
[241]
ini adalah amat berharga.
[245]
Buat pilihan B hanya jika anda, tergolong dalam kategori berikut.
[250]
Pertamanya, sumber pendapatan anda terjejas.
[253]
Sebab kedua untuk mebuat pilihan B ialah anda mempunyai bayaran kad kredit yang tertangguk.
[258]
Sila selesaikannya
[261]
kerana kadar faedah kad kredit adalah berkemungkinan lebih tinggi daripada
[264]
kadar faedah pinjaman peribadi dan sewa beli anda.
[269]
Sebab ketiga, adakah anda mempunyai simpanan kecemasan dan simpanan rizab?
[272]
Sekiranya tiada, tempoh ini ialah peluang anda untuk membuat simpanan.
[276]
Selepas anda membuat simpanan, pastikan anda tidak akan menyalahgunakannya wang tersebut untuk membeli barang yang tidak diperluan,
[281]
ia adalah untuk kecemasan,
[283]
75% rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan.
[288]
Sebab keempat, sekiranya anda seorang pelabur yang celik,
[291]
dan anda tahu anda mempunyai peluang
[293]
untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada faedah yang dikenakan,
[298]
Laburkan sahaja.
[301]
Sebab yang kelima dan terakhir anda boleh buat pilihan B
[304]
Sekiranya anda mempunyai pinjaman yang boleh diselesaikan
[308]
dengan wang yang disimpankan semasa tempoh penangguhan bayaran ini,
[313]
selesaikan pinjaman tersebut.
[315]
Ini akan menjanakan 'cashflow' yang lebih baik bagi anda.
[318]
Adakah ia masih berbaloi?
[320]
Ya, penangguhan pembayaran ini masih berbaloi.
[322]
Di samping itu, Bank Negara telah membuat kesilapan besar dalam contoh yang diberikan olehnya.
[327]
Saya akan menunjukkan kesilapan tersebut, dalam video saya seterusnya.
[329]
Jangan lupa subscribe channel kami dan
[332]
Tekan butang "Alert" supaya anda akan diberitahui apabila video baru kami dimuat naikkan
[336]
dan saya akan menunjukkan kesilapan Bank Negara tersebut
[340]
dan jangan lupa like video ini dan kongsikan kepada semua orang untuk memanfaatkan mereka